2025-03-18 IDOPRESS

Maritim Malaysia Kelantan menjalankan pemeriksaan ke atas bot nelayan menerusi Op Khas Pagar Laut 2025/RTM
PASIR PUTEH,18 Mac- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan memperketat kawalan perairan negara sempena musim perayaan menerusi Op Khas Pagar Laut 2025 bagi mengekang pencerobohan.
Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata operasi khas itu telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 12 Mac lalu dan diaktifkan semula bagi memastikan keselamatan perairan berada pada tahap optimum.
"Maritim Malaysia memastikan pemantauan berterusan dengan kesiapsiagaan anggota dan aset dalam mengawasi kapal serta bot yang beroperasi di perairan sempadan negara," katanya pada sidang media sempena operasi itu di perairan Kelantan,semalam.
Beliau berkata Op Khas Pagar Laut 2024 sebelum ini berjaya mencatatkan jumlah rampasan bernilai RM9 juta,selain merampas lima bot termasuk dua bot nelayan tempatan dan tiga bot nelayan asing melibatkan 121 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan.
Menurutnya,sepanjang Ramadan dan musim perayaan,Maritim Malaysia Kelantan menggerakkan sekurang-kurangnya dua aset iaitu kapal dan bot bagi meronda perairan setiap hari.
Pemantauan dilakukan di Zon Ekonomi Eksklusif sehingga 200 batu nautika dari muara Tok Bali,manakala bot peronda mengawasi kawasan dalam radius 20 hingga 40 batu nautika,bergantung kepada keadaan cuaca.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur