2025-03-18 IDOPRESS

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap bersama 30 biji telurnya/APM
KUCHING,18 Mac- Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter dan seberat kira-kira 50 kilogram bersama 30 biji telurnya ditemui di Kampung Tabuan Dani,di sini,malam tadi.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS pada pukul 8.25 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Operasi menangkap reptilia itu mengambil masa hampir dua jam berikutan ruang sempit di bawah sebuah kenderaan terbiar menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat.
APM memaklumkan ular sawa serta telur berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur