2025-03-18 IDOPRESS

Mohd Na'im menyifatkan pembunuhan lapan petugas kemanusiaan MAPIM (kiri) di Gaza oleh Israel sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan serta jelas melanggar prinsip asas kemanusiaan
KUALA LUMPUR,18 Mac- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel yang mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di utara Gaza pada Sabtu lepas.
Menterinya Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan tindakan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan serta jelas melanggar prinsip asas kemanusiaan.
"Tindakan ini merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva yang secara jelas melindungi petugas kemanusiaan dalam zon peperangan.
"Serangan terhadap mereka yang berusaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah jenayah yang tidak boleh diterima oleh dunia bertamadun," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menegaskan agensi bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan terus membantu Palestin sambil menekankan bahawa dunia tidak boleh berdiam diri terhadap kezaliman berterusan yang hanya menambah penderitaan rakyat Palestin.
Dalam pada itu,Mohd Na’im menyeru rakyat Malaysia agar terus beristiqamah membaca Qunut Nazilah sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kezaliman yang dilakukan rejim Israel.
"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta terus menyokong usaha kemanusiaan bagi membantu mereka," katanya.
Mohd Na’im turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan menzahirkan solidariti terhadap semua petugas kemanusiaan yang berjuang membantu rakyat Palestin di Gaza.
BERITA BERKAITAN
Lapan petugas kemanusiaan MAPIM maut dalam serangan udara di Gaza
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur