2025-03-18 IDOPRESS

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melihat produk batik ketika meluangkan masa mengunjungi Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Jalan Conlay,Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,18 Mac - Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2025 yang sepatutnya berlangsung pada Februari lepas,ditangguhkan berikutan terdapat beberapa penambahbaikan yang sedang dibuat supaya format penganjurannya dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana format HKK yang sudah diadakan selama 22 tahun itu agak sama setiap kali penganjuran hari kraf berkenaan.
“Saya percaya dalam masa yang tidak terlalu lama HKK akan muncul semula mungkin dalam format yang lebih baik dan lebih-lebih lagi sempena Kepengerusian ASEAN untuk mempromosikan produk tempatan,” katanya yang juga jurucakap Kerajaan MADANI kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengunjungi Bazar Kraf Aidilfitri anjuran Persatuan Pengusaha-Pengusaha Batik Terengganu di Kompleks Kraf di sini hari ini.
Susulan penangguhan itu,Fahmi berkata penganjuran Bazar Kraf Aidilfitri yang mengetengahkan produk batik,songket dan kraf tangan tempatan di Kompleks Kraf Conlay,di sini bermula hari ini,dilihat dapat menyokong ekosistem seni dan kraf di Malaysia.
Justeru,beliau mengajak orang ramai untuk mengunjungi bazar yang menawarkan pelbagai pilihan produk karya pengusaha tempatan untuk digayakan pada lebaran ini antaranya tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman,dokoh dan manik buatan tangan.
Selain itu,Fahmi berkata beliau bercadang mengadakan usaha sama antara MyCreative Ventures dengan pengusaha kraf tempatan untuk menganjurkan Pesta Rakyat dan program Riuh bagi menonjolkan usahawan-usahawan termasuk daripada industri kraf tangan.
Bazar Kraf Aidilfitri 2025 yang berlangsung selama 10 hari hingga 27 Mac itu melibatkan penyertaan 80 usahawan dari Terengganu,Kelantan,Selangor,Pahang,Perlis,Melaka,Negeri Sembilan,Sabah dan Sarawak.
Bazar berkenaan yang menawarkan pelbagai jenis batik,songket,perhiasan perak,produk rotan dan aksesori seperti beg tangan,songkok dan tarbus,dibuka mulai 10 pagi hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan hingga 10 malam pada Jumaat,Sabtu serta Ahad. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur