2025-03-19 HaiPress

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (kanan) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Peduli Veteran Madani Peringkat Negeri Selangor di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Banting Baru
KUALA LANGAT,18 Mac - Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari mengecam sekeras-kerasnya serangan yang mengorbankan nyawa lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ketika menjalankan misi kemanusiaan di Gaza,Sabtu lepas.
Beliau berkata perkara itu sesuatu yang tidak boleh diterima,sekali gus tidak selari dengan semangat gencatan senjata yang dilaporkan bermula sejak 19 Jan lepas.
“Secara dasarnya kita tahu rakyat Palestin bersedia untuk gencatan senjata,namun berakhirnya gencatan senjata dengan pembunuhan,dan kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan dan kita mengutuk dengan keras kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin dan kita takkan boleh terima.
“Memang kita mempertahankan NGO-NGO kita untuk memberikan khidmat kemanusiaan dari segi perubatan dan bantuan lain yang berkaitan. Sepertimana diucapkan Perdana Menteri sebelum ini,kita akan terus membantu dari segi keperluan kesihatan,makanan dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Peduli Veteran MADANI (PVM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Iftar Bersama Veteran ATM di sini hari ini.
Terdahulu,Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman terhadap petugas yang maut dalam serangan itu selain kerajaan secara rasmi juga mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan yang berterusan di Gaza dan Palestin.
Dalam perkembangan lain,Adly berkata PVM diadakan bagi mendekati veteran ATM secara bersemuka,sekali gus mengenal pasti keperluan sebenar golongan itu serta mendapatkan maklum balas terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan kementerian.
Beliau berkata setakat ini 26 veteran di Lembah Klang masing-masing 15 di Kuala Lumpur dan 11 di Selangor telah disantuni
“PVM peringkat Lembah Klang ini khusus diadakan bagi mendekati veteran ATM di kawasan bandar bagi mendalami cabaran kehidupan serta aspek kebajikan yang perlu diberi perhatian terutamanya kesihatan,” katanya.
Beliau berkata setakat ini 31,000 veteran ATM menerima bantuan sara hidup RM500 sebulan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian suntikan insentif kepada empat usahawan veteran ATM berupa kelengkapan peralatan pembuatan sabun,mesin kuih siput,industrial oven dan mesin kelapa. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur