2025-03-19 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah,Bandar Tasek Mutiara
SIMPANG AMPAT,18 Mac - Sistem pertahanan dunia terus dicabuli rejim Israel apabila serangan terhadap Gaza diteruskan khususnya dalam bulan mulia Ramadan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,Malaysia akan terus dengan pendirian menyokong negara berdaulat Gaza serta sistem kemanusiaan dunia dalam perjuangkan hak negara itu.
"Sistem Pertahanan dunia ini sudah rosak,keganasan itu diizinkan. Di Malaysia,kita mengutuk sekeras-kerasnya dan akan berikan bantuan kebajikan kemanusiaan tetapi ini sangat dikesalkan kerana di bulan Ramadan yang mulia tidak ada langsung perikemanusiaan. Jadi,kita doa mudah-mudahan Allah SWT lindungi keluarga mangsa dicucuri rahmat ke atas roh syuhada," kata Anwar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah ibni Al-Jarrah,Bandar Tasek Mutiara.
Kira-kira 1,500 orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri. Turut hadir Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek serta Ketua Menteri,Chow Kon Yeow.
Terdahulu,seramai 330 penduduk Palestin telah dibunuh dalam serangan terbaharu rejim Israel pada pukul 2.19 petang waktu tempatan pada hari ini. Mangsa terkorban kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur