2025-03-19 HaiPress
Foto Facebook Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
ROMPIN,18 Mac- Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah mengingatkan agar rakyat negeri itu supaya membudayakan pembacaan al-Quran dalam institusi keluarga masing-masing.
Titah baginda,dengan bentuk ancaman moden umat Islam perlu berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan sunah dalam menghadapi arus globalisasi sekali gus memberi keberkahan buat negeri Pahang sendiri.
"Saya ingin melihat setiap keluarga di negeri ini menjadikan al-Quran sebagai keutamaan dalam pendidikan anak-anak mereka. Saya ingin melihat sekolah-sekolah,institusi pendidikan,dan jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini mempelopori usaha memperkasakan penghayatan al-Quran.
"TIdak hanya bergantung kepada madrasah,pusat tahfiz dan masjid semata-mata. Kita harus melahirkan lebih ramai hafiz,lebih ramai pemikir Islam,lebih ramai insan mengangkat al-Quran sebagai pedoman kehidupan," titah baginda.
Baginda bertitah ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Perasmian Masjid Baharu Kampung Sungai Puteri di sini.
Malah,institusi pendidikan juga perlu memperkasakan al-Quran dan tidak hanya bergantung dengan pusat-pusat pengajian Islam semata-mata.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan berbuka puasa dan menyantuni penduduk setempat.
Dalam perkembangan lain,baginda turut menyentuh berkenaan zon khas waktu solat daerah Rompin yang diputuskan pada 19 Februari lalu.
Baginda bertitah,dengan ketetapan dan penelitian mendalam Jawatankuasa Falak Negeri Pahang bersama pakar bidang hisab dan astrometri memberi kelegaan dan keyakinan untuk rakyat di mukim tersebut terhadap waktu solat dan berbuka puasa.
Turut mengiringi Sultan Abdullah pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur