2025-03-19 HaiPress

Pengerusi Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah,Datuk Mohd Yusof Ismail (kiri) dan Exco Pertanian dan Perladangan negeri,Dzowahir Ab Ghani (kanan)
ALOR SETAR,19 Mac – Kerajaan Negeri Kedah digesa untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu pengusaha sarang burung walit tempatan mengeksport produk mereka terus ke luar negara tanpa melalui orang tengah.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah,Datuk Mohd Yusof Ismail berkata,kebanyakan pengusaha di negeri itu masih beroperasi secara persendirian tanpa bantuan serta khidmat nasihat yang sistematik daripada kerajaan.
“Kita dalam kalangan Bumiputera ini tidak mempunyai modal besar untuk menghasilkan produk akhir. Oleh itu,kami berharap kerajaan negeri melalui agensinya dapat membantu dalam proses pengeluaran produk akhir yang lebih berkualiti.
"Sarang burung ini tidak memerlukan proses yang sukar kerana ia sudah berkualiti sejak awal dan hanya perlu dicuci sebelum boleh dimakan. Khasiatnya juga telah terbukti baik untuk kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Perladangan,Pengangkutan Kedah,Dzowahir Ab Ghani di Bukit Pinang semalam.
Menurutnya,keterlibatan kerajaan negeri dalam industri ini penting bagi memastikan sektor tersebut terus berdaya saing di peringkat global,terutamanya bagi memenuhi permintaan tinggi dari negara pengimport utama seperti China,Taiwan dan Singapura.
Sementara itu,Exco Pertanian dan Perladangan negeri,Dzowahir Ab Ghani menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberikan komitmen penuh dalam membantu pengusaha burung walit bagi meningkatkan produktiviti mereka.
“Kerajaan negeri komited untuk menyokong pengusaha tempatan agar dapat mengembangkan industri ini secara lebih mampan dan kompetitif,” katanya.
Setakat ini,seramai 106 pengusaha sarang burung walit di Kedah telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur