2025-03-19 HaiPress

MH720 mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.
PUTRAJAYA,19 Mac -Malaysia Airlines mengesahkan bahawa Penerbangan MH720dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpurtelah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.
Pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu mendarat dengan selamat pada jam 6.18 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mematuhi protokol keselamatan standard,termasuk pengaktifan agen pemadam kebakaran di ruang kargo hadapan sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam satu kenyataan,Malaysia Airlines memaklumkan selepas mendarat,pesawat telah diarahkan ke kawasan terpencil,di mana semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat.
“Perkhidmatan bomba dan pasukan teknikal telah ditempatkan di lokasi bagi menilai situasi dengan teliti sebelum pintu kargo dibuka.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kamidan kami komited untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa," menurut kenyataan itu.
Terdahulu,laman web penjejakan penerbangan,FlightRadar24,melaporkan di Facebook bahawa MH720 telah menghantar isyarat kecemasan pada kod transponder 7700 di selatan Kuala Lumpur,menandakan keadaan kecemasan umum. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur