2025-03-19 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia menekankan aspek pengawasan,kehadiran aset tentera,kerjasama antarabangsa serta pemodenan sistem pertahanan,bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited memainkan peranan utama dalam mempertahankan perairan negara,sama ada di Selat Melaka mahupun Laut China Selatan.
Menurut beliau,fokus pertahanan di Selat Melaka melibatkan keselamatan perdagangan dan laluan perkapalan,usaha menangani jenayah maritim,kerjasama serantau serta latihan ketenteraan bersama.
“Fokus pertahanan di Laut China Selatan pula lebih kompleks kerana terdapat pertindihan tuntutan maritim antara Malaysia,China,Vietnam,Filipina,dan Brunei.
"Keutamaan TLDM di kawasan ini merangkumi kedaulatan zon maritim Malaysia,menangani provokasi kuasa asing,penggunaan aset strategik untuk pengawasan,serta kerjasama serantau dan antarabangsa,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa di Dewan Negara,di sini.
Tambah beliau,TLDM mengambil pelbagai langkah dalam menangani cabaran keselamatan di kawasan pertindihan sempadan,termasuk meningkatkan rondaan,mengukuhkan diplomasi ketenteraan,memodenkan aset serta teknologi pertahanan,selain mempergiat kerjasama dengan agensi tempatan dan serantau.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur