2025-03-19 IDOPRESS

Keadaan khemah di kawasan Al-Mawasi,di Khan Younis selatan Gaza musnah akibat serangan Israel/ Reuters
KUALA LUMPUR,18 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pembunuhan lebih 400 rakyat Palestin di Gaza sebagai tindakan keji.
Beliau menerusi hantaran Facebook mengutuk serangan kejam berkenaan berikutan penduduk di Gaza terkepung tanpa berpeluang untuk menyelamaatkan dan mempertahankan diri.
"Pengeboman terbaru Israel ke atas Gaza,membunuh lebih 400 rakyat Palestin,adalah tindakan keji dan tidak dipertahankan.
"Pembunuhan beramai-ramai penduduk yang terkepung tanpa diberikan peluang untuk menyelamatkan dan mempertahankan diri," menurut hantaran itu.
Perkara itu seakan sengaja mencipta kesukaran berterusan sekali gus mengganggu rundingan gencatan senjata.
Perdana Menteri turut menyeru masyarakat antarabangsa dalam memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab dan menuntut penamatan segera atas kekejaman yang dilakukan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur