2025-03-19 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,19 Mac – Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki Ramadan sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar bermunajat kepada Allah SWT bagi keselamatan dan kemenangan rakyat Palestin yang tertindas.
Tegasnya,kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dengan melancarkan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk Gaza.
“Malaysia tetap teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman ini,” katanya.
Menurut laporan,serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah meragut 404 nyawa tidak berdosa,termasuk wanita dan kanak-kanak,serta mencederakan 562 lagi.
Mohd Na’im turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan memastikan keadilan berpihak kepada penduduk Gaza.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur