2025-03-19 IDOPRESS

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon / Foto RTM
BATU PAHAT,19 Mac – Syarikat pengendali bekalan air di Johor meningkatkan kapasiti simpanan air di semua 58 tangki air di Batu Pahat secara berperingkat bagi menghadapi peningkatan penggunaan air semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon berkata penggunaan air di daerah itu dijangka meningkat kepada 212 juta liter sehari berbanding purata kebiasaan 195 juta liter sehari.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng memaklumkan syarikat terlibat telah mengarahkan kontraktor bersiap siaga 24 jam sepanjang tempoh perayaan bagi memastikan kelancaran bekalan air.
Tangki simpanan air tambahan akan dibina di beberapa lokasi strategik seperti Ayer Hitam,Yong Peng dan Senggarang untuk menampung keperluan pengguna.
Selain itu,Tenaga Nasional Berhad (TNB) bercadang menempatkan penjana kuasa di beberapa lokasi sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan elektrik.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur