2025-03-19 IDOPRESS

Foto Hiasan / RTM
KULIM,19 Mac – Sebanyak 62 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) akan diadakan di Kedah bermula Khamis ini sehingga 30 Mac sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah,Muhammad Nizam Jamaludin berkata jualan itu akan diadakan di premis tetap dan secara bergerak bagi menawarkan barangan keperluan persiapan Aidilfitri.
"Antara barangan yang dijual termasuk beras putih,beras pulut,nasi impit segera,marjerin,dan ketupat sejuk beku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Kelang Lama,di sini sempena pelancaran MYSaveFood Ramadan Peringkat Negeri Kedah 2025.
Tambah Muhammad Nizam,KPDN Kedah juga giat melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan sepanjang Ramadan serta menjelang Aidilfitri menerusi Op Pantau.
Sehingga 16 Mac,sebanyak 1,181 premis telah diperiksa dengan 1,376 pemeriksaan dilakukan mengikut lapan kategori Op Pantau seperti pemantauan harga,alat timbang sukat,dan bekalan barangan.
BRR Kelang Lama Kulim merupakan lokasi kelima daripada tujuh lokasi Bazar Ramadan Rahmah di Kedah.
Setakat 16 Mac,sebanyak 15,326 insentif pendigitalan e-wallet daripada 36,000 yang diperuntukkan telah diedarkan kepada pengunjung.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur