2025-03-19 IDOPRESS

Foto Maritim Malaysia
LANGKAWI,19 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis memperhebatkan usaha mencari seorang nelayan yang dikhuatiri terjatuh dari bot di perairan Pulau Segantang,Langkawi.
Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis,Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata mangsa,Musliandee Mustapa Kamal,45,dilaporkan terjatuh ke laut pada 16 Mac lalu.
Menurut beliau,Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu daripada tekong bot,Baharin,pada pukul 6.50 petang.
Susulan itu,Operasi Carilamat diaktifkan pada pukul 7.00 petang hari yang sama.
"Seramai 12 pegawai dan 45 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan terlibat dalam operasi ini,termasuk Pasukan Polis Marin (PPM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya menerusi kenyataan.
Pencarian mangsa diteruskan semula pada pukul 8.00 pagi tadi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di 04-9662750 bagi tindakan segera.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur