2025-03-19 IDOPRESS

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Negara hari ini/Facebook Rasmi KDN
KUALA LUMPUR,19 Mac – Pemberian kewarganegaraan kepada atlet warga asing melalui proses naturalisasi tidak dilakukan secara automatik,sebaliknya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan serta syarat ketat yang ditetapkan,kataTimbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Shamsul Anuar menegaskan bahawa proses itu dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira kepentingan negara secara keseluruhan termasuk menilai merit dan sumbangan signifikan atlet kepada Malaysia.
“Pemberian kewarganegaraan bukan semata-mata bergantung kepada keperluan sukan,tetapi tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap syarat dan kriteria yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun atlet berpotensi menyumbang kepada pencapaian sukan negara,jika tidak memenuhi syarat,permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau turut menepis dakwaan bahawa proses naturalisasi dilakukan dengan mudah,sebaliknya menegaskan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi yang tidak diberikan sewenang-wenangnya.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memproses permohonan kewarganegaraan berdasarkan perlembagaan dan syarat yang ditetapkan. Pemberian kewarganegaraan adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya,justeru KDN amat teliti dan berhati-hati dalam setiap keputusan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin mengenai kriteria pemberian status warganegara Malaysia kepada pemain bola sepak luar negara.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur