2025-03-19 IDOPRESS

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN,19 Mac – Empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU),dijangka siap beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,kemudahan sementara yang menelan kos RM2.5 juta itu dibina sepanjang 300 meter di empat lokasi iaitu dua di Bentong (laluan pergi dan balik) serta masing-masing satu di Lipis dan Raub.
"Kerajaan negeri mengambil maklum kesukaran pengguna mencari tempat untuk berehat,menukar lampin bayi serta menggunakan tandas sepanjang perjalanan ke Kelantan dan sempadan Pahang.
"Oleh itu,kami menggunakan peruntukan negeri terlebih dahulu dan akan menggantikannya dengan dana kerajaan Persekutuan kemudian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman dividen Ladang Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di sini hari ini.
Menurutnya,pembinaan R&R itu kekal masih dalam perancangan kerajaan Persekutuan,namun belum ada kepastian mengenai tempoh pelaksanaannya.
"R&R sementara ini adalah langkah segera untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna. Walaupun bersifat sementara,ia lebih baik daripada tiada langsung," katanya.
Dalam pada itu,beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya memanfaatkan kemudahan yang disediakan,menjaga kebersihan kawasan R&R serta berhati-hati ketika memandu bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur