2025-03-20 HaiPress

Kuarters jururawat di Kuching telah dibina sekitar tahun 1940 / RTM
KUCHING,20 Mac– Dua projek berimpak tinggi akan dibangunkan di atas tapak kuarters jururawat lama di Kuching bagi manfaat masyarakat setempat.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,Perancangan Ekonomi dan Pembangunan,Datuk Seri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel berkata,pihaknya akan mengekalkan beberapa unit kuarters jururawat untuk dijadikan Anjung Kasih,selain membina sebuah kolam tadahan banjir.
Menurutnya,langkah tersebut dilihat sebagai penyelesaian menang-menang untuk semua pihak.
"Pendekatan secara 'bottom-up' dengan melibatkan masyarakat menunjukkan bahawa kerajaan Sarawak mendengar aduan rakyat dan mengambil tindakan berdasarkan keperluan sebenar," katanya.
Projek pembinaan kolam tadahan air yang mampu menakung 12,000 meter padu air itu dijangka menelan kos RM10 juta,manakala kos pemuliharaan dianggarkan melebihi RM2 juta.
Datuk Seri Dr. Muhammad Abdullah berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak kuarters lama tersebut pagi tadi.
Julai tahun lalu,kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk menjadikan tapak kuarters lama itu sebagai kolam tadahan air dalam usaha menangani masalah banjir kilat di kawasan Hospital Umum Sarawak.
Namun,kerja-kerja perobohan dihentikan pada Ogos susulan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Warisan Sarawak dan Pertubuhan Arkitek Malaysia.
Difahamkan,kuarters jururawat berkenaan telah dibina sekitar tahun 1940 dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur