2025-03-20 HaiPress

Mayat Susie Kiu,7 tahun,ditemui oleh penduduk kampung a di Pantai Kala Dana
MUKAH,20 Mac– Tragedi dua beradik yang dihanyutkan arus deras di Sungai Batang Mukah berakhir dengan penemuan jasad kedua di Pantai Kala Dana,pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah,Nicholas Belulin,memaklumkan mayat Susie Kiu,ditemui oleh penduduk kampung kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Semalam,jasad pertama,abangnya Dexper Kiu Kuang Wei,10 tahun,ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Batang Mukah,Kampung Bedanga,pada pukul 4.40 petang.
Terdahulu,ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan dua anaknya yang dikhuatiri dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai tersebut.
Bertindak atas laporan itu,operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.
Operasi SAR ditamatkan pada pukul 9.25 pagi tadi susulan penemuan jasad kedua.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur