2025-03-20 HaiPress

FOTO IPD BESUT
BESUT,20 Mac – Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu,berhampiran Kampung Renek,Besut,kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan sejuk beku dan sebuah lori 10 tan jenis Dong Feng.
Ketua Polis Daerah Besut,Superintenden (Supt) Azamuddin Ahmad @ Abu berkata,kejadian berlaku ketika lori 10 tan itu dalam perjalanan dari Kuala Berang untuk menghantar barang ke kedai serbaneka di Besut.
Sebaik tiba di lokasi kejadian,pemandu lori tersebut hilang kawalan selepas mengelak sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut. Akibatnya,lori itu terbabas dan melanggar tembok jambatan di sebelah kiri jalan,menyebabkan bahagian belakangnya memasuki laluan bertentangan.
Pada masa yang sama,lori muatan sejuk beku dari Sitiawan,Perak menuju ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori 10 tan berkenaan.
Pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu lori sejuk beku,Muhammad Amiruldin Abdullah,31 tahun,maut di tempat kejadian.
Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat dihantar ke Hospital Besut.
Sementara itu,pemandu lori 10 tan dan kelindannya mengalami kecederaan di tangan dan kaki dan turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes,Inspektor Muhammad Shafiqqul Aliff Mohamad Sobri di talian 011-10929400.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati terutama dalam keadaan cuaca hujan serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur