2025-03-20 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,20 Mac-Insentif Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Galakan Melancong (Gamelan) ditawarkan bagi membantu memperkukuhkan sektor pelancongan di Sabah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 .
Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Khairul Firdaus Akbar Khan berkata,permohonan untuk kedua-dua geran itu telah mula dibuka bermula 1 Januari lalu.
"Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) disediakan bertujuan mengalakan penganjuran program berimpak tinggi dan memfokuskan kepada penganjuran acara pelancongan bertaraf domestik dan antarabangsa oleh pengiat industri pelancongan dan sektor swasta.
"Manakala Geran Galakan Melancong (Gamelan) disediakan bertujuan menggalakkan penyertaan penggiat industri pelancongan dalam pameran pelancongan",katanya demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Bin Suan yang ingin mengetahui inisiatif Kementerian dalam membantu pengusaha produk pelancongan di Sabah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tambahnya,penyertaan menerusi Pameran Pelancongan Pasaran Pelancongan Antarbangsa Malaysia (MITM) Sabah 2025 dan MATTA Fair 2025 antara faktor menyumbangke arah peningkatan industri pelancongan di Sabah,Sarawak dan Labuan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur