2025-03-20 HaiPress

Kesemua tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis MDMA di Gelang Patah,Iskandar Puteri / UTUSAN
JOHOR BAHRU,20 Mac– Lima lelaki,termasuk dua warga Taiwan,dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah di Iskandar Puteri,awal bulan ini.
Bagaimanapun,tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh pertama,Liong Boon Siong,27 tahun,berdepan dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 3.8 kilogram serta dadah jenis 3,4-MDMA seberat 20 kilogram. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Iskandar Puteri pada 6 Mac lalu.
Dalam prosiding berasingan,empat lagi lelaki; Chow Zhi Peng,30 tahun; Yeap Jun Le,22 tahun; serta dua warga Taiwan,Peng Wei Sung dan Liu Yu Ting – mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
Mengikut pertuduhan,mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis MDMA di Gelang Patah,Iskandar Puteri,pada tarikh sama.
Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama,dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 19 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia. Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur