2025-03-20 HaiPress

Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada syarikat Klickl/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,20 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan dalam teknologi blok rantaian (blockchain) supaya pelaburan dalam sektor itu dapat memanfaatkan rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook,beliau berkata Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang itu.
Negara ini juga boleh memanfaatkan teknologi blockchain dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkhidmatan kerajaan industri halal dan tidak terhad dalam sektor kewangan dan aset digital sahaja.
Perkara itu dibincangkan semasa Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada wakil syarikat Klickl yang mengoperasikan kewangan dan aset dalam ekosistem digital dan 'blockchain' hari ini.
"Kami membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi ini di peringkat antarabangsa termasuk berkenaan dengan kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka kita yang tersendiri",katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur