2025-03-20 HaiPress

Foto RTM
GUAR CHEMPEDAK,20 Mac- Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin melahirkan perasaan dukacita terhadap kejadian letupan mercun yang mengakibatkan dua beradik berusia empat dan tujuh tahun di Kedah mengalami kecederaan parah.
Baginda mahu ibu bapa lebih peka dan sentiasa berada bersama anak-anak bagi memantau pergerakan mereka,serta memastikan penggunaan mercun yang tidak membahayakan.
Baginda turut menasihatkan agar ibu bapa tidak sesekali membenarkan anak-anak membuat mercun buatan sendiri kerana ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
"Saya harap ibu bapa memantau anak-anak mereka yang kecil,yang bersekolah lagi.
"Saya berharap kejadian ini tidak berlaku lagi sebab tiap-tiap tahun bila kita dengar masa nak dekat raya ada kejadian macam ini,saya harap ibu bapa kena tengok dan pantau anak-anak," titah baginda.
Terdahulu,baginda menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berupa wang tunai dan kuih raya kepada 170 penerima di sini.
Dalam kejadian semalam,di Kampung Baru,Kuala Nerang,letupan mercun bola menyebabkan kedua-dua mangsa melecur di bahagian anggota badan,malah abang mangsa yang terlibat mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian tangan dan muka.
Kedua-dua mangsa kini mendapatkan rawatan lanjut di Unit rawatan Rapi Pediatrik di Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur