2025-03-20 HaiPress

Pelembap bibir ini mengandungi madu kelulut asli dan propolis kelulut,dua bahan utama yang kaya dengan khasiat semula jadi.
SERDANG,20 Mac- Kakitangan Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghasilkan pelembap bibir berasaskan madu kelulut.
Produk itu merupakan hasil kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan secara intensif di Ladang 10,Fakulti Pertanian UPM yang mengusahakan 60 unit log dan haif ternakan lebah kelulut.
Menurut Pegawai Pertanian,Fakulti Pertanian,UPM,Saiful Anuar A. Rahman,idea untuk menghasilkan pelembap bibir itu tercetus selepas kejayaan mereka menghasilkan sabun berasaskan madu kelulut.
"Kami melihat sumber madu kelulut mentah yang melimpah ini sebagai satu kelebihan yang boleh dimanfaatkan.
"Daripada membiarkan lebihan madu tanpa digunakan secara optimum,kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk berasaskan madu kelulut yang memberi manfaat kepada orang ramai.
"Pelembap bibir ini mengandungi madu kelulut asli dan propolis kelulut,dua bahan utama yang kaya dengan khasiat semula jadi," katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya,madu kelulut bukan sahaja mengekalkan kelembapan pada bibir dan mencegah dehidrasi,tetapi juga membantu mengurangkan parut serta mempercepatkan pertumbuhan tisu baharu.
"Propolis kelulut yang dihasilkan oleh lebah daripada resin pokok bertindak sebagai bahan antibakteria yang melindungi bibir daripada jangkitan dan keradangan.
"Lebah kelulut menggunakan propolis untuk membina dan melindungi sarang mereka daripada jangkitan kuman.
"Propolis kaya dengan sebatian antibakteria dan antimikrob yang bermanfaat dalam penjagaan kulit,termasuk mempercepatkan penyembuhan luka kecil dan ulser mulut," katanya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur