2025-03-20 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,20 Mac-Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4200/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4400 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FOMC memutuskan kadar faedah dikekalkan dan memperlahan kadar pengurangan lembaran imbangannya daripada US$25 bilion kepada US$5 bilion.
Beliau berkata perkara itu menandakan kecenderungan Rizab Persekutuan AS (Fed) kepada kadar faedah rendah.
“Semasa sidang media,Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan inflasi yang didorong tarif mungkin bersifat sementara. Beliau juga mengakui peningkatan risiko kemelesetan namun menegaskan risiko itu tidak berada pada tahap yang membimbangkan.
“Unjuran suku tahunan yang disertakan menunjukkan Kadar Dana Fed masih berada pada landasan untuk dua pengurangan suku mata tahun ini,dengan pengurangan tambahan dijangka pada 2026 dan 2027," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata dalam keadaan itu,pasaran ekuiti telah meningkat secara berterusan manakala hasil Perbendaharaan AS menurun.
“Ini sepatutnya menjadi faktor positif bagi ringgit,kerana Fed telah menunjukkan keyakinannya bahawa ekonomi AS mampu bertahan dalam ketidakpastian yang tinggi ekoran langkah dasar yang tidak menentu oleh pentadbiran Presiden AS,Donald Trump.
“Ini juga memberi masa kepada peniaga dan pelabur untuk menilai semula pesimisme semasa,kerana pendekatan stabil Fed menyokong minat risiko,” katanya.
Beliau berkata bank pusat itu tidak tergesa-gesa dalam mengubah dasar dan kekal komited supaya ekonominya masih mencatatkan pertumbuhan.
Ringgit diniagakan lebih rendah kebanyakannyaberbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8231/8346 daripada 4.8324/8400 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound British kepada 5.7504/7641 daripada 5.7496/7587.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9774/9847 daripada 2.9595/9643.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3248/3330 daripada 3.3251/3306 ketika ditutup pada Rabu,dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1622/2002 daripada 13.1778/2056.
Ringgit turut lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 267.3/268.1 daripada 268.1/268.7 dan lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.74/7.75.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur