2025-03-20 IDOPRESS

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Mac-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi peringatan keras kepada pihak yang cuba menyorok atau menyeleweng minyak masak bersubsidi,kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Timbalan Menteri KPDN,Fuziah Salleh,menjelaskan bahawa tindakan menyorok minyak masak adalah satu kesalahan di bawahSeksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961,yang melarang sesiapa daripada menyembunyikan,memusnahkan,atau tidak menjual barang kawalan kepada pasaran.
"Ini merupakan kesalahan dari segi undang undang. dan bolehdikenakan hukuman.
"Kesalahan di bawah Seksyen 21 adalah kesalahan menyeleweng minyak masak ataupun menyalahgunakan barang kawalan",katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin dalamDewan Negara hari ini.
Tambah Fuziah,sebanyak 605 kes kesalahan berkaitan minyak masaktelah direkodkan bermula dari 1 Januari 2024 hingga 18 Mac lepas.
Namun hanya sembilan kes melibatkan aktiviti menyorokkan stok dikesan.
Jelasnya lagi skim penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) juga sedang giat ditambah baik dan akan diperluaskan kepada pengguna dengan pelaksanaan perintis.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur