2025-03-20 IDOPRESS

Timbalan Menteri KUSKOP,Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan /Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bakal memperkukuh kerjasama rentas kementerian dan industri bagi memastikan usahawan menerima bimbingan berkualiti.
Menurut Timbalan Menteri KUSKOP,Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan,inisiatif ini bertujuan memperkasakan ekosistem keusahawanan dengan memberi tumpuan kepada sektor informal dan mikro.
"Selaras dengan Perancangan Strategik KUSKOP tahun 2025,INSKEN menyasarkan untuk memberikan latihan dan bimbingan keusahawanan kepada 17,522 usahawan melalui 13 program sepanjang tahun 2025," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dalam Dewan Negara hari ini.
Tambahnya,INSKEN turut memperkenalkan beberapa program khusus seperti Jom Jumpa PROTÉGÉ yang memberi latihan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta program MICEP,yang menyasarkan 1,200 usahawan dalam kalangan masyarakat India.
Selain itu,program bimbingan berimpak tinggi seperti IBBC akan memberi fokus kepada aspek kritikal perniagaan,termasuk pengurusan kewangan,tenaga kerja,pemasaran,dan pembangunan produk.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur