2025-03-20 IDOPRESS

FOTO APM SANDAKAN
KOTA KINABALU,20 Mac- Perkembangan banjir di Sabah.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi,jumlah penduduk terjejas banjir di tiga daerah yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 227 penduduk melibatkan 59 keluarga berbanding 65 orang daripada 18 keluarga,pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,132 penduduk daripada 32 keluarga ditempatkan di dua PPS di Sandakan.
PPS tersebut ialah Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang yang menempatkan 119 penduduk dan Masjid Nurul Iman Kampung pertanian yang menempatkan 13 penduduk.
Di Beluran pula,92 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Balaban Jaya dan Dewan Kampung Sungai Nangka.
Sementara di Paitan,tiga penduduk daripada satu keluarga berlindung di PPS SMK Pamol.
Ketika ini,operasi pemindahan penduduk terjejas banjir masih dijalankan anggota keselamatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur