2025-03-20 IDOPRESS

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) menerima mok cek sumbangan bernilai Rm100,000.00 daripada Pengerusi Affin Bank,Datuk Agil Natt (kiri) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2025 / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,20 Mac - Kementerian Pertahanan menerima sumbangan bernilai RM1.96 juta daripada 74 organisasi dan ahli korporat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai penghargaan terhadap pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jumlah sumbangan yang diterima merangkumi bentuk kewangan dan barangan,dengan 65 penyumbang memberikan bantuan dalam bentuk kewangan berjumlah RM1,777,500,manakala selebihnya dalam bentuk barangan bernilai RM178,920.
"Secara keseluruhannya,sebanyak 74 sumbangan telah diterima dalam pelbagai bentuk dengan nilai keseluruhan RM1.96 juta. Kita percaya sumbangan tulus ikhlas ini memberi erti yang besar serta membuktikan bahawa pengorbanan warga ATM tidak pernah dilupakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H di ibu negara,hari ini.
Menurut beliau,hasil sumbangan tersebut,pihaknya telah menyediakan 15,000 beg Hari Raya untuk diagihkan kepada anggota ATM yang bertugas di dalam dan luar negara sepanjang sambutan Aidilfitri.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur