2025-03-20 IDOPRESS

Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Raub
RAUB,20 Mac- Seorang lelaki ditemui maut apabila rumah yang didiaminya musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Semantan,Cheroh,Raub,Pahang,awal pagi tadi.
Mangsa,Zahari Ibrahim,50,dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan sebelum ditemukan maut oleh pasukan bomba yang datang memadam kebakaran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang,Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata,pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.42 pagi tadi sebelum sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan BBP Lipis bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki tiga jentera.
Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari BBP Raub,komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal.
Peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan kejadian turut melibatkan seorang lelaki dewasa yang ditemukan maut dan disahkan telah meninggal dunia ketika sedang tidur.
Beliau berkata,tindakan operasi adalah membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur