2025-03-20 IDOPRESS

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali / Foto Bernama
MELAKA TENGAH,20 Mac – Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin Bagi Kenderaan Motor) 2024 bermula 7 April ini bagi membanteras penjualan produk minyak enjin tiruan di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali berkata semua minyak enjin kenderaan yang dijual selepas tarikh tersebut perlu mempunyai label pematuhan yang diperakukan oleh SIRIM bagi memastikan ketulenan produk.
"Perintah ini bertujuan melindungi kepentingan pengguna serta industri,khususnya syarikat pengeluar minyak enjin. Dengan adanya aplikasi SIRIM,pengguna dan bengkel boleh menyemak ketulenan produk sebelum digunakan," katanya dalam sidang media di Kawasan Perindustrian Tangga Batu,di sini,hari ini.
Menurutnya,kerajaan memberi tempoh selama enam bulan kepada syarikat pengeluar untuk mematuhi arahan berkenaan,dengan pewartaan perintah bermula pada 11 Oktober 2024.
Armizan turut memaklumkan,sejak Januari 2019 hingga Februari lalu,pihaknya telah menerima dan menyiasat sebanyak 240 aduan berkaitan produk minyak enjin kenderaan.
"Daripada jumlah tersebut,sebanyak 36 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.154 juta," tambahnya.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur