2025-03-20 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Mac – Berita gembira mengenai diskaun tol sempena Hari Raya Aidilfitri akan diumum dalam masa terdekat,dengan kaedah diskaun 50 peratus dijangka diteruskan.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sedang diperhalusi sebelum diumumkan secara rasmi.
"Memang kita akan ada (diskaun),sebab kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina. Takkan kita tidak buat untuk Hari Raya Aidilfitri. Tunggu nanti kami akan umum. Kita buat macam kita buat untuk Tahun Baharu Cina. Apa kita buat untuk Tahun Baharu Cina? 50 peratus lah ya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya bersama Perdana Menteri di Kompleks Kerja Raya,hari ini.
Dalam perkembangan lain,Nanta menegaskan Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan projek,selaras dengan seruan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,agar pembangunan infrastruktur memberi nilai terbaik kepada rakyat.
"Pembangunan memang memerlukan pembinaan dan sebagainya. Untuk itu,kami mengambil maklum apa yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat.
"Saranan beliau adalah mengenai keperluan untuk bertindak dengan segera serta mengawal kos supaya setiap projek yang dilaksanakan benar-benar memberi nilai untuk wang. Paling penting,Perdana Menteri mahu kerajaan Madani ini cekap dan menyampaikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur