2025-04-03 HaiPress

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Marzunisham Omar/BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Mac- Malaysia kini berada dalam fasa ketiga kitaran pelaburan yang kukuh,didorong oleh peningkatan pelaburan dalam aktiviti bernilai tinggi serta penglibatan besar sektor swasta.
Jelas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Marzunisham Omar,fasa itu telah bermula sejak Mei 2023,dengan pertumbuhan pelaburan berkembang lebih pesat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perbelanjaan sektor swasta.
"Apabila kita membandingkan kitaran kenaikan semasa dengan kitaran kedua,terdapat tiga ciri positif yang menonjol. Pertama,pelaburan dalam kitaran ini lebih tertumpu kepada aktiviti bernilai tinggi seperti sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kedua,kitaran ini juga menyaksikan peningkatan pelaburan dalam jentera dan peralatan,yang akan membantu mengembangkan kapasiti pengeluaran serta meningkatkan produktiviti," kata Datuk Marzunisham kepada pemberita,hari ini.
Tambah beliau,pertumbuhan pelaburan ini turut disokong oleh pelaksanaan berterusan pelbagai inisiatif kerajaan.
Ini selain permintaan domestik dan luaran yang stabil,sentimen pelabur yang positif,serta akses berterusan firma kepada pembiayaan.
Beliau berkata demikian pada Ucapan Gabenor BNM 2025 mengenai Ekonomi Malaysia yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur