2025-04-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 Mac- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umum agihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM).
Pengagihan yang diisytiharkan,akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April ini.
Pembayaran agihan pendapatan bagi dua dana tetap itu berjumlah RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
ASB 2 isytihar jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM730 juta,kepada lebih 614,300 pemegang unit.
Manakala,sejumlah RM1.45 bilion bayaran agihan pendapatan bagi ASM kepada 740,513 pemegang unit.
Di sebalik persekitaran pasaran modal global yang mencabar ekoran ketegangan tarif,inflasi tinggi dan ketidaktentuan ekonomi,pengagihanpendapatan bagi ASB 2 dan ASM mencatat peningkatan 0.25 sen seunit berbanding tahun lalu.
Prestasi kukuh kedua-dua dana harga tetap ini didorong pulangan ekuiti domestik dan global yang positif serta strategi kepelbagaian aset yang berterusan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur