2025-04-03 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 April-Ringgit mengukuh 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Laporan Tinjauan Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd. menyatakan pada Mac,mata wang tempatan itu mengukuh 0.6 peratus berbanding dolar bulan ke bulan,dan mengakhiri bulan berkenaan pada 4.434 berbanding 4.463 sebelumnya.
Sebahagian daripada kelemahan prestasi dolar itu didorong oleh sentimen pasaran hadapan yang cenderung ke arah penurunan pertumbuhan atau jangkaan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.
MIDF juga mengunjurkan Ringgit terus mengukuh sejajar dengan jangkaan tindakan Fed meneruskan langkah kelonggaran dasar monetarinya lewat tahun ini.
MIDF mengunjurkan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS tahun ini dengan purata 4.23.
Namun,kadar pengurangan kadar yang memberi kesan kenaikan ringgit berkemungkinan lebih terhad susulan prospek inflasi yang tinggi di Amerika.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur