2025-04-03 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Mac - Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
“Harga akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau,harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Bekalan getah asli akan menjadi terhad dengan bermulanya musim daun gugur dan hujan. Terdapat impak daripada keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China yang lembap,” katanya kepada Bernama.
Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dan cuaca hujan juga akan menjejaskan sentimen.
“Pemain pasaran akan memantau keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China,selain krisis geopolitik yang meruncing,” katanya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada 874.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 17.5 sen kepada 671 sen sekilogram.
Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 31 Mac hingga 1 April 2025 sempena sambutan Aidilfitri dan akan beroperasi semula pada 2 April 2025. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur