2025-04-03 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,28 Mac- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat,menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman,kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.11 mata kepada 1,529.62 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih rendah kepada 1,531.57.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 132,manakala 204 kaunter tidak berubah,1,930 kaunter tidak diniagakan dan 133 yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 151.68 juta saham bernilai RM106.25 juta.
Peniaga ActivTrade,Anderson Alves berkata dagangan ekuiti Asia mungkin tidak banyak berubah hari ini kerana pelabur menunggu kejelasan mengenai tarif AS yang akan datang menjelang 2 April,2025.
“Ketika itulah levi yang ketara dijangka berkuat kuasa bagi beberapa negara,dengan langkah tambahan turut dijangkakan,” katanya.
Presiden AS Donald Trump baru-baru ini mengumumkan tarif 25 peratus akan dikenakan ke atas semua kenderaan yang dibuat di luar negara bermula tarikh itu.
Hal itu mendorong pendekatan lebih berhati-hati menjelang “Liberation Day”,yang disebut oleh sesetengah pelabur -- apabila butiran lanjut mengenai kemungkinan tindakan Rumah Putih dijangka diumumkan.
Alves berkata bagaimanapun,Trump sejak itu telah memberi isyarat bahawa tarif timbal balik mungkin “lebih ringan” daripada yang dicadangkan sebelum ini,meredakan kebimbangan pelabur dan menyokong sentimen positif pasaran namun waspada.
Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi,Maybank menambah 4.0 sen kepada RM10.40,CIMB Group susut 4.0 sen kepada RM7.09 dan Tenaga Nasional merosot 10.0 sen kepada RM13.46.
Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing turun 1.0 sen kepada RM4.48 dan RM6.90.
Antara kaunter aktif,HI Mobility yang mula disenaraikan di Pasaran Utama,meningkat 5.0 sen kepada RM1.27,InNature naik 1.5 sen kepada 21 sen,manakala Minox International dan Sapura Energy masing-masing meningkat setengah sen kepada 25 sen dan 5 sen.
NEXG tidak berubah pada 25.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas turun 39.41 mata kepada 11,456.78,Indeks FBMT 100 susut 42.14 mata kepada 11,215.41,Indeks FBM Emas Syariah menguncup 55.12 mata kepada 11,193.03,Indeks FBM 70 berkurangan 51.40 mata kepada 16,421.43,dan Indeks FBM ACE turun 16.50 mata kepada 4,740.89.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 6.18 mata kepada 18,665.56,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.53 mata kepada 154.45,dan Indeks Tenaga turun 0.44 mata kepada 758.99.
Bagaimanapun,Indeks Perladangan naik 1.13 mata kepada 7,442.44.- BERNAMA
Tarif AS tidak jejas harga komoditi eksport sawit
Kerjasama PETRONAS-PETROVIETNAM PM3 CAA dilanjut hingga 2047
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Trump tangguh tarif 90 hari
Sindiket judi dalam talian tumpas, 288 PATI ditahan
MAIPs pemangkin pembangunan komuniti Islam
Dua kawasan di Klang dan Kajang dilanda banjir kilat, awal pagi ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur