2025-04-03 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,2 April - Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini,kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Dalam laporan Tinjauan Ekonominya hari ini,bank pelaburan itu berkata pada bulan Mac,mata wang tempatan itu mengukuh 0.6 peratus berbanding dolar AS dari segi bulan ke bulan dan mengakhiri bulan berkenaan pada 4.434 (berbanding 4.463 sebelumnya).
Sebahagian daripada kelemahan prestasi dolar AS itu didorong oleh sentimen pasaran hadapan yang cenderung ke arah penurunan pertumbuhan atau jangkaan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.
“Ringgit khususnya mengukuh dalam awal bulan dan mengukuh kepada 4.41 menjelang 7 Mac,2025 susulan penyusutan dolar AS,” katanya.
Indeks Dolar AS (DXY) turun 3.2 peratus bulan ke bulan kepada 104.21 yang juga bulan kedua mencatat prestasi lemah.
Secara purata,DXY juga susut sebanyak 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 104.13 (Februari : 107.32).
Dalam pada itu,bank pelaburan itu walaupun ia memberi penilaian positif terhadap prestasi ekonomi Malaysia,penurunan ringgit terutamanya disebabkan oleh aliran keluar modal berikutan perbezaan kadar faedah berterusan antara Malaysia dan AS.
MIDF juga mengunjurkan ringgit terus mengukuh sejajar dengan jangkaan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) meneruskan langkah kelonggaran dasar monetarinya pada lewat tahun ini.
“Namun,kadar pengurangan kadar yang memberi kesan kenaikan ringgit berkemungkinan lebih terhad susulan prospek inflasi yang tinggi di AS.
“(Sehubungan itu) kenaikan tarif import AS akan menjadi antara faktor pendorong kenaikan inflasi AS dalam beberapa bulan mendatang," katanya.
MIDF juga menyifatkan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS sebagai paparan prestasi ringgit berbanding gandingan rentas mata wang lain,termasuk lira Turkiye (5.0 peratus bulan ke bulan),dolar Taiwan (1.6 peratus bulan ke bulan) dan won Korea (1.4 peratus bulan ke bulan).
Menyentuh prospek,MIDF mengunjurkan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS tahun ini dengan purata 4.23 (berbanding purata 4.56 pada 2024).
“Sebagaimana dalam laporan prospek terkini,kami melaraskan unjuran akhir tahun ringgit kepada 4.13 (daripada 4.03 sebelum ini) dengan mengambil kira pergerakannya yang lebih stabil baru-baru ini.
“Jangkaan perbezaan kadar faedah yang mengecil,walaupun dengan hanya dua pengurangan kadar faedah oleh Fed pada tahun ini,akan memberi sokongan ke atas mata wang pasaran sedang pesat membangun,termasuk ringgit,” katanya.
Pada masa sama,kekukuhan asas pertumbuhan Malaysia sebagaimana dibuktikan oleh lebihan dagangan dan akaun semasa yang berterusan,hanya mengukuhkan unjuran positif oleh MIDF.
Berikutan itu,ia menjangkakan Indeks Ringgit Wajaran Dagangan MIDF akan meningkat kepada 95.0 menjelang akhir tahun yang memaparkan peningkatan ringgit lebih meluas.
Namun,MIDF turut mengunjurkan keadaan turun naik pasaran kewangan akan terus memberi kesan ke aras pasaran pertukaran asing susulan ketegangan geopolitik semasa selain perang dagangan yang terus meruncing.
Bank pelaburan itu juga berpendapat bahawa perubahan inflasi dan prospek pertumbuhan akan memberi impak ke atas tahap perubahan dasar oleh pihak berkuasa monetari. - BERNAMA
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur