2025-04-07 HaiPress
Foto Bernama
SUBANG JAYA,7 April – Seramai 76 orang pelajar yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni,Putra Heights memulakan sesi persekolahan hari ini dengan menaiki perkhidmatan pengangkutan khas yang disediakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama beberapa agensi lain.
Daripada jumlah itu,seramai 42 pelajar sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah dari 19 buah sekolah telah menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.
Mereka kini menetap sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia.
Menurut Pengurus Besar YIDE,Nur Mohd Razali Abdullah,sebanyak lapan buah kenderaan khas disediakan – lima bagi sesi pagi dan tiga bagi sesi petang – bagi memastikan pelajar-pelajar berkenaan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa tanpa gangguan.
“Secara pecahan,seramai 60 pelajar mengikuti sesi pagi dan 16 pelajar sesi petang,dengan jarak perjalanan sekitar tujuh kilometer dari PPS ke sekolah masing-masing,” katanya.
Selain YIDE,penyelarasan pengangkutan turut melibatkan kerjasama agensi seperti Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Prasarana Sdn Bhd serta pasukan Sukarelawan Selangor.
Perkhidmatan itu dijangka berterusan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya bagi memastikan kebajikan dan akses pendidikan pelajar-pelajar yang terjejas terus terjaga.
Sementara itu,tinjauan di lokasi mendapati para pelajar hadir dengan penuh semangat,walaupun ada yang tidak mengenakan pakaian seragam sekolah kerana belum berpeluang pulang ke rumah untuk mengambil barangan keperluan.
“Saya rasa seronok,macam hendak pergi sekolah rasa seronok sebab cikgu... kalau boleh setiap hari,” kata Mohd Aidil Asyraf Mohd Nizam,salah seorang pelajar terlibat.
Seorang lagi pelajar,Alysa Hanni Shahir,meluahkan rasa teruja untuk kembali ke sekolah selepas cuti Aidilfitri walaupun kediamannya kini masih dikategorikan sebagai kawasan larangan.
“Saya rasa seronok sebab saya sudah lama tidak ke sekolah… bukanlah semua musnah,tapi saya tidak boleh balik rumah lagi untuk ambil barang atau pakaian,” katanya.
Dalam pada itu,ibu bapa pelajar yang terlibat turut melahirkan rasa lega dengan penyediaan pengangkutan khas yang disifatkan sangat membantu dalam memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka.
“Perasaan itu... saya rasa macam tak pernah terfikir akan berlaku. Selalunya saya yang hantar anak ke sekolah,melalui laluan yang sama setiap hari,kadang-kadang sampai lima enam kali.
"Tapi hari ini anak saya dihantar melalui van... rasa macam sedih,tak tahu nak cakap macam mana. Tak pernah terfikir akan melalui benda ini,” kata Hasrina Nordin.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur