2025-04-07 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya / Foto RTM
PUTRAJAYA,7 April – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk penjawat awam agar menangani setiap isu dalam negara secara bijaksana dan relevan bagi mengelakkan ia dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau,setiap permasalahan yang timbul perlu ditangani secara berhemah,manakala isu-isu yang dimainkan di media sosial tidak wajar disensasikan untuk kepentingan tertentu.
“Kita kadangkala terlalu diheret oleh media sosial atau media kerana mereka suka sensasi. Hal-hal kecil yang boleh kita tangani dengan baik dijadikan besar,seolah-olah perang akan berlaku – soal kuil perang,soal belon perang – padahal boleh kita atasi dengan baik. Sebab itu saya ingin mengesyorkan supaya jangan berikan ruang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Turut hadir,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Anwar turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua jabatan dan agensi kerajaan dalam memelihara kestabilan negara serta memastikan segala isu yang timbul tidak diperbesarkan sehingga mencetuskan keresahan masyarakat.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur