2025-04-07 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya / Foto Bernama
PUTRAJAYA,7 April – Satu kesepakatan bersama antara negara-negara ASEAN diperlukan berhubung isu tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS),bagi memastikan setiap rundingan dan perbincangan yang bakal diadakan mempunyai asas yang kukuh.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun pengumuman tarif tersebut dipertikaikan,negara-negara ASEAN tidak boleh memandang ringan perkara itu memandangkan keadaan ekonomi dan politik dunia kini berada dalam suasana yang tidak menentu.
“Kita tidak boleh pandang ringan walaupun kita tahu ini agak aneh. Negara yang paling kuat mendukung semangat perdagangan bebas dan menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) seperti Amerika Syarikat,kini berubah pendekatan.
“Saya katakan ini sebagai pasca post-normal times,di mana beberapa kebijakan politik dan ekonomi yang tidak terjangka mula berlaku. Ini termasuk pengumuman tarif oleh AS yang asasnya sangat-sangat lemah,” ujar beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini,hari ini.
Dalam ucapannya,Anwar turut menyifatkan pendekatan penetapan tarif oleh Presiden AS ketika itu,Donald Trump,sebagai tidak teliti,bahkan menyatakan bahawa ada negara pulau kecil turut disenaraikan dalam langkah tersebut walaupun “hanya dihuni penguin”.
Bagaimanapun,beliau menjelaskan kerajaan Malaysia ketika ini mengambil pendekatan sederhana dalam menangani isu tersebut,memandangkan ruang perbincangan dan perundingan masih terbuka.
Selain itu,wujud beberapa pengecualian yang perlu dikenal pasti secara terperinci sebelum sebarang langkah lanjut diambil.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur