2025-04-07 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 163 dokumen gantian kenderaan secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Ketua Pengarah JPJ,Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan memaklumkan JPJ Selangor menyediakan Kaunter Bergerak JPJ Mobile untuk memudahkan mangsa kebakaran mendapatkan penggantian dokumen kenderaan yang hilang atau musnah secara percuma.
"Perkhidmatan tersebut termasuk penggantian dokumen seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
JPJ turut menerima 19 permohonan untuk pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta memberikan 58 sesi khidmat nasihat mengenai insurans kenderaan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights," kata kenyataan itu.
Kaunter Bergerak JPJ Mobile telah beroperasi bermula Khamis lalu hingga semalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights.
Inisiatif itu bertujuan untuk meringankan beban mangsa dengan menggantikan dokumen kenderaan yang hilang atau musnah tanpa memerlukan laporan polis.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur