2025-04-07 HaiPress

Foto Fail
SHAH ALAM,7 April- Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) hari ini mengesahkan bahawa keseluruhan Peruntukan Bantuan Khas Pesawah berjumlah RM90 juta telah selesai disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),sejajar komitmen syarikat dalam menyokong kebajikan pesawah.
Dalam kenyataan rasmi,BERNAS menjelaskan bahawa fasa pertama berjumlah RM60 juta telah disalurkan secara berperingkat dan bayaran akhir sebanyak RM15 juta diselesaikan pada 5 Mac 2025.
"Peruntukan tambahan RM30 juta seperti diumum Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Februari lalu turut selesai disalurkan kepada kerajaan pada 28 Mac 2025," kata kenyataan itu.
BERNAS menegaskan bahawa dana berkenaan merupakan wang ihsan syarikat dan bukan daripada dana awam,justeru tertakluk kepada tadbir urus kewangan korporat serta pematuhan dalaman yang ketat sebelum disalur kepada kerajaan.
Syarikat itu turut menyatakan komitmen berterusan untuk mendokong pelan tindakan jangka panjang KPKM demi kebajikan pesawah dan keterjaminan makanan negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur