2025-04-07 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,5 April- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global,kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Hal ini ditambah dengan perang dagangan berterusan yang turut menyumbang kepada kelembapan dalam ekonomi global.
Persatuan itu berkata pengumuman tarif tersebut menjejaskan industri di seluruh dunia selain mengakibatkan penurunan dalam pasaran niaga hadapan serantau,turun naik harga minyak dan penurunan dalam sentimen pasaran.
Bagaimanapun,ia melihat harga getah mungkin mendapat sedikit sokongan disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk yang memberi kesan negatif kepada pengeluaran getah asli serta bekalan terhad.
"Ini sebagai tambahan kepada jangkaan iaitu kerajaan China akan memperkenalkan langkah rangsangan selanjutnya bagi mengurangkan kesan tarif AS yang boleh membantu menstabilkan harga," kata persatuan itu kepada Bernama.
Menurut persatuan berkenaan,prestasi pasaran hadapan getah serantau bersama-sama dengan pengukuhan ringgit,harga minyak dan sebarang perkembangan lanjut mengenai tarif,juga akan mempengaruhi harga.
Sementara itu,pakar industri,Denis Low berkata pasaran getah tempatan dijangka tidak menentu minggu depan terutamanya disebabkan oleh situasi tarif AS.
Menurut beliau,ia akan mengambil masa bagi menilai sepenuhnya kesan terhadap industri dan negara tertentu.
"Dalam persekitaran seperti ini,kemungkinan wujud amalan berhati-hati dalam aktiviti penyimpanan berikutan komoditi mungkin mengalami kemerosotan serta-merta yang menyebabkan pasaran getah bergerak mendatar atau lebih rendah minggu depan," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menurun sebanyak 38 sen kepada 836.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut sebanyak 3.0 sen kepada 668 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur