2025-04-07 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,5 April – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah serta pelanggan mereka bagi mengurangkan risiko gangguan dalam rantaian bekalan,susulan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
Presiden Persatuan PKS Malaysia,Datuk William Ng berkata langkah itu penting selepas AS mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas barangan dari Malaysia.
“PKS tidak boleh bergantung kepada satu sumber atau satu pasaran semata-mata. Kepelbagaian adalah kunci kepada ketahanan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa perniagaan tempatan untuk beralih daripada pendekatan ‘Buatan Malaysia’ kepada konsep ‘Jenama Malaysia’ yang lebih bernilai tambah dan mampu bersaing di peringkat global.
Menurutnya,PKS juga disaran mempertimbangkan pengeluaran di negara-negara ASEAN yang menawarkan kos operasi lebih rendah,selain memperkukuh penyelidikan,pembangunan (R&D) dan inovasi dalam negara.
Dalam pada itu,beliau menegaskan perbincangan mengenai pembentukan pasaran tunggal ASEAN perlu dibuka semula dengan segera.
“Pasaran tunggal ASEAN akan mewujudkan satu kesatuan ekonomi yang kuat dan memberi manfaat kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada blok pengeksport serta pasaran serantau yang besar,” katanya.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur