2025-04-07 IDOPRESS

Presiden Indonesia Prabowo Subianto/ BERNAMA
SEPANG,6 April- Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di sini hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi,mendarat di Kompleks Bunga Raya,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.52 petang.
Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman,yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.
Prabowo dijadual menghadiri majlis makan malam secara tertutup sebelum berlepas pulang malam ini.
Ini merupakan lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.
Media antarabangsa hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin itu merupakan kunjungan sempena Aidilfitri serta penghormatan kepada Anwar sebagai seorang daripada pemimpin ASEAN.
Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini,dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah 'Keterangkuman dan Kemampanan'. Sebelum ini,Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977,1997,2005 dan 2015.
Pada 2023,Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN,dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (USD24.39 bilion).
Dari Januari hingga Oktober 2024,jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (USD20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (USD20.69 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2023.- BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur