2025-04-07 IDOPRESS

Foto AFP
KUALA LUMPUR,6 April- Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam kadar segera bagi meneliti fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza,Palestin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menerusi kenyataan memaklumkan perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi meneliti fatwa berkenaan secara mendalam dan menyeluruh.
“Saya juga telah meminta agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut",katanya dalam kenyataan.
“Ini demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam,khususnya saudara kita di Gaza.
Katanya,agensi-agensi di bawahnya juga akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan,termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah ditubuhkan,untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza yang sedang diuji.
Mohd Na'im berkata semua pihak memikul tanggungjawab bersama untuk terus menyuarakan sokongan,menzahirkan solidariti dan mendoakan kemenangan bagi rakyat Palestin serta mendoakan agar segala usaha itu menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur