2025-04-07 IDOPRESS

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar,Jamaliah Jamaluddin
KUALA LUMPUR,7 April- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Putra Heights dan kawasan sekitar dilaporkan berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar,Jamaliah Jamaluddin berkata tiada isu yang membimbangkan dan tiada bacaan IPU yang tidak normal dikesan,setakat ini.
"Hari ini,baru kita dapat laporan semua kawasan. IPU menunjukkan dalam keadaan yang terbaik dan terkawal dan sihat.
Buat sementara waktu ini,memang tidak mempunyai apa-apa isu dan pemantauan ini akan disambung setiap hari sehingga keadaan ini kes ini dikira selesai," kata Jamaliah kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program "Kita Selangor" di konti Selangor FM.
Tambahnya,pemantauan berterusan akan tetap dilakukan setiap hari untuk memastikan status itu kekal dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur