2025-04-07 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 April- Situasi banjir di Johor terus menyaksikan peningkatan jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Sabah kekal seperti sebelumnya,setakat pagi ini.
Di Johor,Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan daerah Batu Pahat mencatatkan peningkatan kepada 326 orang daripada 108 keluarga setakat pukul 8.00 pagi berbanding 285 daripada 94 keluarga pada pukul 4.00 petang semalam.
Beliau berkata kesemua penduduk terjejas yang terdiri penduduk Kampung Baharu Sri Gading itu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
“Paras air Sungai Senggarang di Batu Pahat kini berada pada tahap amaran iaitu 3.35 meter manakala Sungai Batu Pahat mencatatkan bacaan 2.30 meter iaitu pada paras waspada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa daerah turut dilaporkan hujan pagi ini,termasuk Muar,Segamat,Kluang,Batu Pahat,Tangkak dan Kulai manakala cuaca mendung di Johor Bahru,Mersing,Pontian dan Kota Tinggi.
Sementara itu,di Sabah,jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 138 orang daripada 30 keluarga pagi ini,sejak malam tadi.
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat kampung terjejas akibat bencana itu.
Pada 2 April,Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer timur dari Kota Kinabalu diisytihar sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai pada tahap bahaya.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur